Tuesday, December 9, 2014

TENTANG BEAUTY BY REDZARA

ASSALAMUALAIKUM...

HI..  untuk first entry ni saya nak citer pasal minat saya mengenai solekan atau andaman. Rasanya darah yg mengalir dalam tubuh ni memang ada darah mak andam... kalau nak citer sejarah kang panjang lebar lak.. hihihi... tapi zaman skang dah tak panggil mak andam lagi sebab kerja mengandam dah tak ramai yang amalkan. Zaman sekarang orang panggil jurusolek atau make up artist je.

Dipendekkan cerita, dek kerana minat yg mendalam saya telah pun pergi menuntut ilmu solekan daripada beberapa jurusolek yang terkenal dan sudah bertapak lama di dunia solekan di Malaysia seperti Sue Hashim dan seorang jurusolek bebas kak Azura Mahmood. Kalau diikutkan nian di hati memang teringin sangat nak berguru dengan ota-otai MUA di Malaysia ni seperti Amy Janz, Nurul Shukor, AryMuzamer, Tiar Zainal dan ramai lagi... tapi ku bawa diri ini untuk bertenang dan bersabar... hihihi... mungkin suatu hari nanti... In Shaa Allah...

Semenjak saya jatuh cinta dengan dunia solekan yang menjadi kesukaan semua wanita yang sukakan kecantikan ni saya secara suka rela telah memberikan khidmat menconteng muka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan untuk melatih diri. Nanti saya post gambar solekan yang pernah saya hasilkan sebelum secara rasmi saya menggelar diri saya jurusolek bebas atau Freelance MakeUp Artist. Sebenarnya dah lama nak buat kerja menyolek ni secara serius tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Selain tu saya rasa ilmu di dada tak lengkap lagi. Perlu lebih banyak menuntut lagi. Yelahkan yang kita nak solek tu muka orang untuk majlis atau hari-hari yang penting dalam hidup mereka... tak rela mak jadi penyebab kecacatan rupa dan perosak penampilan pelanggan pelanggan saya di hari bahagia mereka..huhuhuhu.. itu tanggungjawab besar bagi seorang jurusolek. Biarlah kita mula dari asas dan dari bawah asalkan kita sentiasa maju ke hadapan. Semoga cita-cita menjadi jurusolek yang mahir berjaya.. In Shaa Allah.. Amin..

Setelah keyakinan diri dah ada serta mendapat izin dan restu dari suami dan keluarga tercinta maka saya putuskan untuk mula menyolek para gadis, wanita, muslimah tanpa mengira rupa, bangsa dan agama.. hihihi. Di samping itu akan ku pertingkatkan lagi ilmu solekan,  penggayaan rambut dan penggayaan hijab. Penting semua ilmu tu bagi seorang jurusolek terutama di Malaysia ni...

Memandangkan saya adalah orang baru dalam dunia solekan ini kadar harga untuk solekan saya adalah seperti di sini. Produk yang saya gunakan adalah MAC Cosmetic, Supra Color Kroyolan, Elise Eyelashes dan pelbagai jenama make up yang biasa digunakan oleh Make Up Artist Professional. Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan solekan dari saya silakan hubungi saya. Jangan segan silu k..  Semua wanita berhak untuk cantik... izinkan saya memberikan sentuhan jelita untuk anda di hari bahagia.. In Shaa Allah.


Hubungi saya di sini..

BEAUTY BY REDZARA 

Call/ SMS/Whatsapp: +60176605857

Email: izyan_jaafar11@hotmail.com


Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

Instagram: RED_ZARA

TOLONG LIKE FB FANPAGE SAYA YA..

Saya harap anda sudi untuk LIKE FANPAGE FB  saya iaitu BEAUTY BY REDZARA. Tekan LIKE di bawah.


No comments:

Post a Comment