Showing posts with label MAKE UP TUNANG. Show all posts
Showing posts with label MAKE UP TUNANG. Show all posts

Saturday, April 2, 2016

KOLEKSI REDZARA : SOLEKAN PERTUNANGAN SHIMA, PUTRAJAYA, 8 AUG 2015

SOLEKAN PERTUNANGAN SHIMA, PUTRAJAYA, 8 AUG 2015

Shima ni memang cantik orangnya. Kalau tengok pada orangnya nampak macam masih remaja sekolah lagi. hihihi.. Tahniah Shima.. Terima Kasih kerana sudi hire akak untuk menyolek Shima bertunang.







Berminat dengan  solekan dari Redzara atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi:-

BEAUTY BY REDZARA 

Whatsapp: +60176605857


Email: izyan_jaafar11@hotmail.com

Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

INSTAGRAM : REDZARA_MAKEUP

Sunday, December 28, 2014

SOLEKAN SANDING AIN FATIHA 27 DIS 2014, UNITEN BANGI

ASSALAMUALAIKUM...
ALHAMDULILLAH.. 3 HARI LAGI KITA AKAN SAMPAI KE PENGHUJUNG TAHUN 2014 DAN AKAN MENJENGAH KE TAHUN 2015. TAHUN YANG MENYAKSIKAN PELBAGAI RENTETAN KISAH SUKA DUKA AKU SEBAGAI SEORANG INSAN, HAMBA ALLAH, ANAK, ISTERI, IBU, KAKAK, ADIK, PEKERJA, PELAJAR, SAHABAT, RAKYAT, RAKYAT ASING, PERWAKILAN DAN BANYAK LAGI. TERNYATA TAHUN 2014 JUGA TELAH MEWARNAI KEHIDUPAN KITA SEMUA DENGAN PELBAGAI PERISTIWA INDAH MAHUPUN SEDIH. NAMUN YANG TELAH BERLAKU TETAP SUDAH BERLAKU. TIADA APA YANG MAMPU MENGUBAHNYA. YANG PENTING.. KEHIDUPAN INI HARUS DITERUSKAN DENGAN MENGGALAS AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA KITA DAN TEMPAT YANG DITUJU HANYA SATU IAITU SYURGA YANG TELAH ALLAH JANJIKAN KEPADA MEREKA YANG MENGIKUT SEGALA PERINTAHNYA... IN SHAA ALLAH... 

OKLAH.. BERBALIK KEPADA TAJUK POST SAYA PADA KALI INI...  PADA 25 DIS LALU SAYA TELAH DIHUBUNGI OLEH ADIK AIN FATIHA UNTUK MENDAPATKAN SERVIS SOLEKAN BAGI MAJLIS PERSANDINGANNYA YANG AKAN DILANGSUNGKAN PADA 27 DIS 2014 NANTI IAITU PADA SABTU LALU. SAYA AGAK TERKEJUT KERANA TARIKH ITU ADALAH AMAT SINGKAT BAGI SEORANG PENGANTIN YANG BARU MAHU MENCARI JURUSOLEK BAGI MAJLIS PERKAHWINAN MEREKA. SETELAH DITANYA, MENURUT ADIK AIN BELIAU MENCARI JURUSOLEK YANG BAHARU UNTUK MENGGANTIKAN JURUSOLEK YANG SEDIA ADA ATAS SEBAB TERTENTU YANG AGAK PERIBADI DAN AGAK TERDESAK UNTUK MENCARI JURUSOLEK GANTIAN.

SELAIN ITU SAYA TURUT TERGAMAM BILA DIMINTA UNTUK MENYOLEK DUA PENGANTIN SEKALIGUS MEMANDANGKAN BELIAU AKAN TURUT BERSANDING BERSAMA PASANGAN ABANG DAN KAKAK IPARNYA IAITU ADIK MAWADDAH. SETELAH MEMIKIRKAN DAN MEMPERTIMBANGKAN SEGALA KEMUNGKINAN MAKA SAYA BERSETUJU.

DI BAWAH SAYA KONGSIKAN HASIL SOLEKAN SAYA BUAT ADIK AIN YANG BERKULIT SAWO MATANG YANG MAHUKAN SOLEKAN YANG SIMPLE DAN NATURAL TANPA MENGENAKAN BULU MATA PALSU DAN TEKNIK MENCUKUR KENING. MALANGNYA SAYA TAK DAPAT PAPARKAN FOTO SOLEKAN SAYA HASILKAN BUAT ADIK MAWADDAH KERANA AKIBAT KESUNTUKAN MASA SAYA TAK SEMPAT NAK SNAP GAMBAR ADIK MAWADDAH SETELAH DISOLEK.. HUHUHU SEHINGGA KINI MASIH MENUNGGU UNTUK ADIK MAWADDAH UNTUK MENGIRIMKAN GAMBARNYA KEPADA SAYA.









BUAT ADIK AIN FATIHA DAN MAWADDAH TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMILIH DAN MENGGUNAKAN KHIDMAT AKAK SEBAGAI JURUSOLEK DIHARI BAHAGIA KALIAN. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE JANNAH.

SEBELUM TERLUPA INGIN SAYA INGATKAN BAHAWA HARGA PROMOSI ISTIMEWA BAGI BULAN FEBRUARI 2015 MASIH LAGI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. KLIK SINI.


Kepada sesiapa yang mahukan sentuhan jelita dari Redzara atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:-

BEAUTY BY REDZARA 

Call/ SMS/Whatsapp: +60176605857

Email: izyan_jaafar11@hotmail.com

Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

Thursday, December 11, 2014

REDZARA : HARGA BAGI SERVIS SOLEKAN

ASSALAMUALAIKUM..

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan servis atau khidmat solekan dari Redzara boleh semak harga terkini seperti di bawah. Harga yang dipaparkan adalah valid sehingga JUN 2015. Redzara akan memberikan hasil yang terbaik dan pasti membuatkan anda berseri-seri di hari bahagia. 

Namun sebelum tu terdapat beberapa terma dan syarat yang harus difahami dan diterima oleh anda sebelum memutuskan untuk mendapatkan khidmat solekan saya.

Terma dan Syarat

  • ·         Harga yang ditetapkan adalah harga servis make up termasuk menyiapkan pengantin (jika perlu). Saya hanya menerima tempahan bagi pengantin muslimah buat masa ini.
  • ·         Harga yang ditetapkan berdasarkan penggunaan make up asas berjenama KRYOLAN, DERMACOLOR, MAC Cosmetics,VICTORIA JACKSON, ELISE Eyelashes dan banyak lagi.
  • ·        Harga di bawah khusus kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Harga termasuk tatarias pemakaian tudung, shawl, veil & bulu mata palsu.
  • ·        Deposit sebanyak 50% diperlukan bagi block tarikh yg anda kehendaki.  Bayaran penuh perlu dibuat 1-2 minggu sebelum majlis. Jika tiada deposit tarikh anda tidak akan di block. Saya juga bebas menerima mana-mana pelanggan yang membayar deposit dahulu.  Tiada pulangan deposit sekiranya terdapat pembatalan daripada pihak pelanggan.
  • ·        Harga tidak termasuk kos perjalanan - petrol/tiket parking/tol (ia bergantung kepada lokasi anda dan saya akan merujuk Google Map untuk kiraan kilometer).
  • ·        Tambahan RM50 per jam untuk stayback/touch up (bergantung kepada kepadatan jadual).


*      KADAR BAYARAN : PERKHIDMATAN SOLEKAN


  •               TRIAL MAKEUP - RM150
  •               DINNER / NITE EVENT - RM150
  •               PHOTOSHOOT STUDIO/OUTDOOR - RM150-200
  •               GRADUATION - RM 100
  •               PREWEDDING - RM 100-150
  •               PENGAPIT/ KELUARGA PENGANTIN (tak termasuk bulu mata) - RM 50
  •               TUNANG - RM150
  •               NIKAH - RM250
  •               SANDING / BERTANDANG / MALAM BERINAI : RM300
PAKEJ ISTIMEWA :
  •               NIKAH + SANDING (pada hari yg sama) - RM500
  •               NIKAH + SANDING (hari yang berbeza) -  RM600
  •               SOLEKAN DINNER/NITE EVENT GROUP  (MAX 3 ORANG) - RM 100                                                                                                                            SEORANG
SELAIN ITU SILA KLIK SINI UNTUK HARGA PROMOSI!!!!

*** Harga bagi natural makeup/simple makeup/heavy makeup adalah sama dan tiada beza.



Kepada sesiapa yang mahukan sentuhan jelita dari Redzara atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:-

BEAUTY BY REDZARA 

Call/ SMS/Whatsapp: +60176605857

Email: izyan_jaafar11@hotmail.com

Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

Instagram: RED_ZARA

REDZARA : SOLEKAN NATURAL YANG AYU DAN MANIS...

Assalamualaikum...

Sebenarnya hari Ahad ni saya ada ujian akhir bagi subjek Penialaian Prestasi bagi semester September 2013 di OUM Bangi. Maka sepatutnya masa yang ada diluangkan untuk ulangkaji pelajaran. Tapi tangan ni gatal je nak berkarya.. Tanpa perlu saya menceceh lebih panjang.. Lihatlah hasil sentuhan saya hari ni...






Sentuhan kali ini saya mahukan hasil yang lembut. Solekan seperti ini bersesuaian untuk majlis Tunang atau Nikah. Solekan ini juga seperti sebelum-sebelumya saya menggunakan teknik gam dan tidak cukur kening. Teknik solekan yang baru saya pelajari dari cikgu Azura Mahmood membantu saya mendapatkan hasil solekan yang lembut, manis, natural dan menawan ini.. Ehh.. menawan ke??? hihihihi.... 

Selepas tu saya olah sedikit solekan itu supaya boleh menjadikan lebih manis dan menampilkan kejelitaan dan kemanisan si pengantin.. cewahhh... Solekan sebegini juga sesuai untuk majlis Nikah, Sanding, Berinai dan  Photoshoot Studio.. Sweet jer..






Sebenarnya pada karya kali ini saya ada 3 jenis solekan yang berjaya dihasilkan.. saya akan post kan pada entry seterusnya.. di sini

Alhamdulillah.. Selesai menyolek sicantik manis Faeeza Jaafar ni.. Gatal pun hilang sebab Karya dah siap.... Jadi boleh sambung balik ulangkaji pelajaran yang tertangguh tadi.  Bye..


MAHUKAN KHIDMAT SOLEKAN UNTUK HARI BAHAGIA ANDA? ANDA MAMPU MENDAPATKAN SOLEKAN YANG CANTIK BERSERI WALAUPUN DENGAN HARGA YANG RENDAH DAN BERPATUTAN. SAYA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK PELBAGAI SOLEKAN MENGIKUT MAJLIS SEPERTI SOLEKAN SIANG/MALAM, SOLEKAN TUNANG, SOLEKAN NIKAH/ SANDING / BERINAI, SOLEKAN PENGAPIT DAN KELUARGA PENGANTIN, GRADUATION DAN SEBAGAINYA...

Segera hubungi Redzara 0176605857 (Call/Whatsapp)
Lawati blog saya di http://beautybyredzara.blogspot.com
Instagram ID : RED_ZARA
Facebook Page : Beauty By Redzara

Tuesday, December 9, 2014

Koleksi Hasil Sentuhan Jelita Redzara

Assalamualaikum..

Hi semua.. memandangkan saya masih baru dalam bidang ni jadi koleksi solekan saya masih sedikit. Dan kebanyakannya adalah ke atas diri sendiri dan keluarga. Ada beberapa hasil kerja  saya sebelum ini yang tak dapat saya paparkan disini kerana masa tu tak ambil gambar. jadi tiada bukti.. hihihi sebab masa tu tak terfikir pun nak serius jadi MUA ni.. saje suka-suka jer... Tapi saya berazam untuk perbanyakkan koleksi saya dan saya akan post kan di sini dari masa ke semasa.. Ini adalah di antara hasil sentuhan yang pernah saya lakukan.. Maafkan kualiti gambar yang tak seberapa maklumlah guna phone cap ayam jer..


solekan siang







Jadi kepada sesiapa yang mahukan sentuhan jelita dari Redzara sila hubungi saya di:-

BEAUTY BY REDZARA 

Call/ SMS/Whatsapp: +60176605857

Email: izyan_jaafar11@hotmail.com


Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

Instagram: RED_ZARA

TENTANG BEAUTY BY REDZARA

ASSALAMUALAIKUM...

HI..  untuk first entry ni saya nak citer pasal minat saya mengenai solekan atau andaman. Rasanya darah yg mengalir dalam tubuh ni memang ada darah mak andam... kalau nak citer sejarah kang panjang lebar lak.. hihihi... tapi zaman skang dah tak panggil mak andam lagi sebab kerja mengandam dah tak ramai yang amalkan. Zaman sekarang orang panggil jurusolek atau make up artist je.

Dipendekkan cerita, dek kerana minat yg mendalam saya telah pun pergi menuntut ilmu solekan daripada beberapa jurusolek yang terkenal dan sudah bertapak lama di dunia solekan di Malaysia seperti Sue Hashim dan seorang jurusolek bebas kak Azura Mahmood. Kalau diikutkan nian di hati memang teringin sangat nak berguru dengan ota-otai MUA di Malaysia ni seperti Amy Janz, Nurul Shukor, AryMuzamer, Tiar Zainal dan ramai lagi... tapi ku bawa diri ini untuk bertenang dan bersabar... hihihi... mungkin suatu hari nanti... In Shaa Allah...

Semenjak saya jatuh cinta dengan dunia solekan yang menjadi kesukaan semua wanita yang sukakan kecantikan ni saya secara suka rela telah memberikan khidmat menconteng muka kepada ahli keluarga dan kawan-kawan untuk melatih diri. Nanti saya post gambar solekan yang pernah saya hasilkan sebelum secara rasmi saya menggelar diri saya jurusolek bebas atau Freelance MakeUp Artist. Sebenarnya dah lama nak buat kerja menyolek ni secara serius tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Selain tu saya rasa ilmu di dada tak lengkap lagi. Perlu lebih banyak menuntut lagi. Yelahkan yang kita nak solek tu muka orang untuk majlis atau hari-hari yang penting dalam hidup mereka... tak rela mak jadi penyebab kecacatan rupa dan perosak penampilan pelanggan pelanggan saya di hari bahagia mereka..huhuhuhu.. itu tanggungjawab besar bagi seorang jurusolek. Biarlah kita mula dari asas dan dari bawah asalkan kita sentiasa maju ke hadapan. Semoga cita-cita menjadi jurusolek yang mahir berjaya.. In Shaa Allah.. Amin..

Setelah keyakinan diri dah ada serta mendapat izin dan restu dari suami dan keluarga tercinta maka saya putuskan untuk mula menyolek para gadis, wanita, muslimah tanpa mengira rupa, bangsa dan agama.. hihihi. Di samping itu akan ku pertingkatkan lagi ilmu solekan,  penggayaan rambut dan penggayaan hijab. Penting semua ilmu tu bagi seorang jurusolek terutama di Malaysia ni...

Memandangkan saya adalah orang baru dalam dunia solekan ini kadar harga untuk solekan saya adalah seperti di sini. Produk yang saya gunakan adalah MAC Cosmetic, Supra Color Kroyolan, Elise Eyelashes dan pelbagai jenama make up yang biasa digunakan oleh Make Up Artist Professional. Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan solekan dari saya silakan hubungi saya. Jangan segan silu k..  Semua wanita berhak untuk cantik... izinkan saya memberikan sentuhan jelita untuk anda di hari bahagia.. In Shaa Allah.


Hubungi saya di sini..

BEAUTY BY REDZARA 

Call/ SMS/Whatsapp: +60176605857

Email: izyan_jaafar11@hotmail.com


Website: www.beautybyredzara.blogspot.com

FB Page : Beauty By Redzara

Instagram: RED_ZARA

TOLONG LIKE FB FANPAGE SAYA YA..

Saya harap anda sudi untuk LIKE FANPAGE FB  saya iaitu BEAUTY BY REDZARA. Tekan LIKE di bawah.